1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senam berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senam bukan hanya berupaya menceriakan hidup anda, tetapi memberi kebaikan kepada kesehatan. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum dan menganggap kita gembira. Kejadian menunjukkan senyuman mempertahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bagian yang mengawal suhu badan dan emosi), ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
4. Senyum bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fisik dan emosi, menjadikan seseorang itu rasa lebih serasi dengan diri sendiri.
5. Kejadian menunjukkan individu yang ketawa 100x dalam tempo 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 menit. Hal ini terjadi karena apabila kita tertawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun yaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda tertawa.
6. Anda juga perlu sedar bahwa anak-anak lebih banyak tertawa daripada orang dewasa. Anak-anak berumur antara 4 hingga 6 tahun tertawa 400x sehari berbanding 15x sehari kalangan orang dewasa. Justru tidak heran jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah kemurungan.
7. Kejadian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari University Pusat Perobatan California menjelaskan terdapat dua 'stress' yaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan tertawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
8. Dalam kejadian di atas, dua orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Orang pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu sedangkan orang kedua diletakkan di sebuah tempat tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah di ambil 10 menit sebelum dan selepas kejadian dibuat. Dari keputusan tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotranmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan adrenaline'.
9. Ketika kita tertawa, sel pembunuh tumor dan virus semula jadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T, (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kejadian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan, atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
11. Selain memberi berbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah.Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik .Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyenangkan hati insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sebuah ikatan.


0 komentar:
Posting Komentar